Sunday, May 4, 2014

aktiviti memancing diperairan mersing

24 April 2014... aktiviti memancing di perairan mersing.. satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.. aku bukannya seorang pemancing tegar tetapi mempunyai keinginan untuk memancing dilaut dalam.. 24 April 2014 jam 2.30 petang aku memulakan perjalanan daripada Melaka ke Mersing bersama adikku Amy  untuk aktiviti yang telah aku rancang berbulan lamanya.. setelah sampai dimersing kem ypj aku berjumpa dengan kaki2 pancing yang telah lama bersedia menanti ketibaan kami... masing2 dok sibuk setting joran... rasa teruja n tak sabar nk ke laut.. sebelum ke laut sempat lagi kami singgah ke kedai pancing jerry... antara kedai pancing popular di Mersing.. dok shoping apa yg patut... sampai di jeti meraing dalam jam 8.00 malam.. kami bertemu tekong Amin.. nmpk mesra pelangan tekong ni.. trip kami ni mengambil masa 3 hari 2 malam.. bayangkan lah berapa lama kami dilaut.. klu yg dh biasa tu ok ar.. kami ni pertama kali.. sampai amy adik aku tak nak makan yakut sakit perut.. tekong memulalan perjalanan pada jam 8.30 malam.. aku dengan geng yg lain sibut setting joran sebelum sampai ke lokasi..
Hasil Tangkapan Ikan Mayong

    Memang seronok tak terhingga perasaan dapat tarik ikan saiz mega ni. Setiap kali bunyi mesin mancing pasti berderau darah , tak sabar rasa nak melihat hasil tangkapan. Kalau anda benar-benar kaki pancing apa lagi kumpulkan modal dari sekarang untuk booking trip mancing laut dalam perairan mersing. 

gambar kenangan bersama

    Tekong kami abg fairuz , no hp dia 0107174097 boleh wasup. Trip untuk mencadat sotong dan teknik mancing apolo pun ada diselitkan sekali dalam trip ni.